Tips Penjagaan Laptop.
Salam kepada semua pembaca blog saya. Agak sibuk sikit minggu ni
kebetulan kerja berlambak. Terutamanya laptop yang rosak mainboard.
Biasalaa… Notebook/netbook ni sensitif sikit. Kalau main gasak macam
desktop habis la.. lebih-lebih lagi laptop jenis spesifikasi sederhana
kebawah. Di kesempatan ini saya nak berkongsi tips2 penjagaan laptop
/netbook untuk memanjangkan hayatnya.
1. Guna laptop di tempat yang bersih dan tidak terdedah kepada habuk2. Kalau terpaksa nak buat macam mana dah trend sekarang. Sekarang ramai yang menggunakan laptop/netbook di tempat terbuka seperti kat kopitiam, kedai2 makan dan sebagainya. Jadi kalau elakkan menggunakanya ditempat yang terdedah kepada habuk. Kerana habuk diserap oleh laptop dan boleh menyebabkan system dalam laptop tercemar dan menyebabkan kerosakan pada hardware seperti mainboard, ram dan sebagainya.
2. Gunakan cooler semasa menggunakan laptop kerana ia boleh menyerap
haba panas dari laptop. Terutamanya bagi penggunaan yang melebihi 1 jam.
3. Cabutlah bateri laptop semasa menggunakan adapter/charger laptop.
Jangan menggunakan bateri semasa pentambungan elektrik terus dari
plug. Cara ini boleh mengekalkan tempoh hayat bateri anda dan
mengelakkan bateri laptop dari “kong”. Kalau nak elok lagi cas la bateri
semasa tutup @ “shutdown”.
4. Elakkan dari mengunakan laptop diatas permukaan yang boleh
“memegang” haba seperti bantal, tilam, toto dan seangkatan dengannya.
Ini adalah kerana haba yang terhasil dari penggunaan laptop tidak boleh
bergerak bebas keluar dan menyebabkan kepanasan laptop meningkat dan
mungkin akan berlaku kerosakan pada laptop samada untuk jangan masa
panjang atau sebaliknya.
5. Elakkan dari makan @ minum didepan laptop samada semasa
menggunakan laptop tau tidak. Kalau tertumpah makanan @ minuman habislah
laptop anda.
6. Janganlah menggunakan penutup habuk atas keyboard kerana ia boleh
menyebabkan haba panas laptop tidak terbias keluar dan juga meyebabkan
berlaku pembentukan wap2 air akibat dari haba tersebut. Wap2 air
tersebut boleh menyebabkan kerosakan pada hardware terutamanya
mainboard.
Diharap dengan pendedahan ini serba sedikit boleh memberi pengetahuan bergunakan untuk anda semua.
sumber : http://alam-hadi.blogspot.com/2011/10/tips-tips-penjagaan-laptop.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar